Arab Saudi Sekali Lagi Umum Musim Umrah Diawalkan Mulai Muharram

KUALA LUMPUR, 3 September – Kerajaan Arab Saudi pada hari ini mengumumkan musim umrah bagi tahun baharu 1440H akan dimulakan lebih awal iaitu pada bulan Muharram, iaitu bulan pertama dalam kalendar Hijrah yang akan disambut oleh umat Islam seluruh dunia dalam masa kurang daripada 10 hari lagi.
Inilah kali kedua sejak tahun lepas, Arab Saudi menetapkan permulaan musim Umrah di bulan Muharram berbanding tahun-tahun sebelumnya yang biasanya bermula pada bulan Safar, iaitu bulan kedua dalam kalendar Hijrah.
Akhbar harian berbahasa Arab Saudi “Okaz” yang memetik kenyataan Kementerian Haji dan Umrah, melaporkan bahawa perubahan itu bertujuan meningkatkan jumlah jemaah, selaras dengan Visi Kerajaan Arab Saudi 2030.
Sementara itu, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Dr Abdul Fattah Suleiman Mashat berkata, kerajaan Arab Saudi menyasarkan bilangan jemaah dari negara luar yang mengerjakan Umrah akan meningkat kepada 15 juta menjelang tahun 2022 dan kepada 30 juta jemaah pada 2030, selari dengan visi kerajaan Saudi.
Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top