Arab Saudi Sedia Bantuan US$11 Bilion Untuk Yaman

RIYADH, 9 Julai – Arab Saudi pada Ahad mengumumkan negara itu menyediakan lebih US$11 bilion untuk bantuan kepada Yaman,

Pusat Tindakan dan Bantuan Kemanusiaan Raja Salman berkata, Arab Saudi telah memulakan 269 projek dengan anggaran keseluruhan US$1.6 bilion, selain menyediakan lebih US$783 juta kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha bagi meringankan penderitaan penduduk Yaman.

Arab Saudi mengetuai gabungan dalam memerangi pemberontak Houthi untuk menyokong kerajaan Yaman yang digulingkan sejak 2015.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top