SENARAI HEBAHAN TERKINI

KEMPEN DERMA DARAH
Anjuran : Pantai Hospital Cheras
Tarikh : 11/05/2024 hingga 11/05/2024
Masa : 10:00 AM hingga 05:00 AM
Lokasi : Aras2 EkoCheras Mall Cheras Kuala Lumpur.

Assalamualaikum Pantai Hospital Cheras akan menganjurkan kempen derma darah pada 11 Mei dari pukul 10pagi hingga 5petang bertempat di aras2 EkoCheras Mall Cheras Kuala Lumpur. Terdapat juga aktiviti aktiviti lain yang menarik seperti demonstrasi CPR dan pertolongan cemas. Untuk pra pendaftaran dan pertanyaan sila kunjungi laman sosial kami. Datanglah beramai-ramai masuk adalah percuma.


MAJLIS RAMAH MESRA MASJID DAN SURAU JUMAAT JAWI
Anjuran : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tarikh : 04/05/2024 hingga 04/05/2024
Masa : 10:00 AM hingga 12:00 PM
Lokasi : Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP serta gabungan masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat JAWI pada 4 Mei 2024 Sabtu jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Pelbagai acara menarik menanti anda seperti Persembahan Kebudayaan dan lagu-lagu puisi dan ketuhanan dan 160 Gerai Pelbagai Juadah Hari Raya dengan penyertaan 130 masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan. Semua dijemput hadir.


EKSPLORASI DIGITAL U-PUSTAKA 2024 LATIHAN PANGKALAN DATA LAWNET
Anjuran : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 25/04/2024 hingga 25/04/2024
Masa : 10:00 AM hingga 12:00 PM
Lokasi : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Eksplorasi Digital u-Pustaka 2024 Latihan Pangkalan Data Lawnet secara dalam talian menerusi platform Google Meet pada 25 April 2024 hari Khamis pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.


PSN MEMBACA 2024
Anjuran : Pusat Sains Negara
Tarikh : 23/04/2024 hingga 23/04/2024
Masa : 09:00 AM hingga 01:30 PM
Lokasi : Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Pusat Sains Negara Kuala Lumpur akan mengadakan program PSN Membaca 2024 bagi meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Program tersebut akan diadakan pada 23 April 2024 Selasa bermula 9.00 pagi hingga 1.30 tengah hari bertempat di Atrium Aras 2 Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Pengunjung yang membawa buku sendiri pada hari tersebut akan diberikan kemasukan percuma ke Pusat Sains Negara Jom sama -sama membaca di Pusat Sains Negara Untuk maklumat lanjut sila layari akaun media sosial Pusat Sains Negara


JELAJAH TIBB NABAWI
Anjuran : GABUNGAN PERAWAT MUSLIM MALAYSIA GPMM DENGAN KERJASAMA BADAN KEBAJIKAN ISLAM KASTAM BAKISKA
Tarikh : 04/05/2024 hingga 05/05/2024
Masa : 08:30 AM hingga 06:00 PM
Lokasi : Kompleks Kastam ALOR SETAR Kedah

PROGRAM JELAJAH TIBB NABAWI ANJURAN GABUNGAN PERAWAT MUSLIM MALAYSIA DENGAN KERJASAMA BADAN KEBAJIKAN ISLAM KASTAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS KASTAM ALOR SETAR PADA 4 DAN 5 MEI 2024 PELBAGAI ACARA MENARIK ANTARANYA PAMERAN BARANG MISTIK DEMO MASAKAN ARAB OLEH CHEF SELEBRITI CHEF FAEZ FORUM PENGUBATAN ISLAM BERTAJUK BAHANA 3S SIHIR SAKA SANTAU BERSAMA PANEL JEMPUTAN AL FADHIL USTAZ DATO SYARHAN SAFIE PAMERAN KALIGRAFI DARI YAYASAN RESTU SERTA PELBAGAI BOOTH PAMERAN WARGA ALOR SETAR DAN SEKITAR DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI MASUK ADALAH PERCUMA


HARI KERJAYA UKM 2024
Anjuran : PUSAT PEMBANGUNAN KARIER UKM
Tarikh : 14/05/2024 hingga 15/05/2024
Masa : 09:00 AM hingga 04:00 PM
Lokasi : DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK UKM

Ayuh ramai-ramai kita ke Hari Kerjaya UKM 2024 pada 14 dan 15 Mei 2024 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Dijangka lebih 50 majikan dan 1000 peluang pekerjaan dan latihan industri tersedia serta pelbagai aktiviti menarik disediakan. Jumpa anda disana.


MUZAKARAH DAKWAH NON-MUSLIM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024
Anjuran : Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa IPSI
Tarikh : 04/05/2024 hingga 04/05/2024
Masa : 08:00 AM hingga 04:00 PM
Lokasi : Bertam Resort Kepala Batas Pulau Pinang

Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa IPSI akan menganjurkan Program Muzakarah Dakwah Non Muslim Peringkat Kebangsaan bertempat di Bertam Resort Kepala Batas Pulau Pinang pada 4 Mei 2024. Antara ahli panel program Muzakarah ini ialah Dato Seri Dr Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Pulau Pinang Dato Profesor Madya Dr Mohd Farid Ravi bin Abdullah Dato Shaikh Hussain Yee Ustaz Hj Nasrudin Hassan Ustazah Rafiah Puan Ardini Angeline Tan dan Puan Margaret Gan. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Encik Hafiz di talian 0139952927.


KEMPEN DERMA DARAH BERSAMA TDMC
Anjuran : KMI Taman Desa Medical Centre
Tarikh : 29/03/2024 hingga 29/03/2024
Masa : 10:00 AM hingga 03:00 PM
Lokasi : KMI Taman Desa Medical Centre

KMI Taman Desa Medical Centre akan mengajurkan Kempen Derma Darah anjuran bersama Pusat Darah Negara yang akan diadakan pada 29 Mac 2023 bertempat di KMI Taman Desa Medical Centre bermula 10.00am hingga 3.00pm. Jom sama-sama melakukan kebaikan dibulan ramadan dengan menderma darah.


PROGRAM CUCI GEROBOK 6.0 KKKL
Anjuran : PROGRAM PENGOPERASIAN PERNIAGAAN KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Tarikh : 18/03/2024 hingga 29/03/2024
Masa : 08:00 AM hingga 06:00 PM
Lokasi : KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

PROGRAM CUCI GEROBOK 6.0 KKKL datang lagi Jom sertai aktiviti kami CUCI GEROBOK 6.0 KITAR SEMULA FABRIK TERPAKAI sebagai satu langkah sokongan kepada menjaga alam sekitar sehingga 29 Mac 2024 dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di Ruang Sebelah E-Tech Center Kolej Komuniti Kuala Langat. Kami menerima pakaian langsir selimut comforter kasut dan semua produk berasaskan fabrik. Caranya hanya masukkan produk terpakai dalam plastik atau kotak dan terus hantar kepada kami di Kolej Komuniti Kuala Langat. Jika perlukan maklumat lanjut sila wasap 60137270339. Jom bantu kami sebarkan maklumat ni supaya lebih ramai dapat manfaat. Terima kasih.


EKSPLORASI DIGITAL U-PUSTAKA 2024 LATIHAN PANGKALAN DATA EMERALD
Anjuran : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 14/03/2024 hingga 14/03/2024
Masa : 10:00 AM hingga 11:30 AM
Lokasi : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Eksplorasi Digital u-Pustaka 2024 Latihan Pangkalan Data Emerald secara dalam talian menerusi platform Google Meet pada 14 Mac 2024 Khamis pukul 10.00 pagi hingga 11.30 tengah hari. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.


MAKLUMAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI PNM SEPANJANG BULAN RAMADAN 1445H 2024M
Anjuran : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 12/03/2024 hingga 09/04/2024
Masa : 09:00 AM hingga 04:00 PM
Lokasi : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Komuniti PNM sepanjang bulan Ramadan 1445H 2024M mulai 12 Mac hingga 9 April 2024 adalah seperti berikut SELASA HINGGA AHAD 900 PAGI sampai 400 PETANG ISNIN DAN CUTI UMUM TUTUP Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.


DAURAH KLINIK AL FATIHAH DAN SMART TAJWID
Anjuran : MASJID TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA GUA MUSANG SERTA KERJASAMA AZ ZUBAIR DOT COM DAN GALERI ILMU SDN BHD
Tarikh : 14/03/2024 hingga 15/03/2024
Masa : 09:00 AM hingga 12:30 PM
Lokasi : MASJID TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA GUA MUSANG KELANTAN

MASJID TENGKU MUHAMMAD FAIZ PETRA GUA MUSANG KELANTAN DENGAN KERJASAMA AZ ZUBAIR DOT COM SERTA GALERI ILMU SDN BHD MENGANJURKAN DAURAH KLINIK AL-FATIHAH PADA 14 MAC 2024 JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI DAN SMART TAJWID SELAMA DUA HARI KHUSUS KUPASAN BAIKI BACAAN AL FATIHAH DITIR DAN KUPASAN MAKHRAJ DAN HUKUM BACAAN TAJWID YANG MUDAH DAURAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ ZUBAIR BIN MALEK DARI AZ ZUBAIR DOT COM. PROGRAM DIADAKAN PADA 14 MAC DAN 15 MAC 2024 PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. JOM HADIR BERAMAI RAMAI MENGIMARAH KAN MASJID DAN MENYANTUNI RAMADHAN BULAN IBADAH YANG MULIA . SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK TAHUN NI AZ ZUBAIR DOT COM MEMBUKA PELUANG SEMUA MASJID INSTITUSI DAN SEK JUGA SEMUA IPTA BAGI MENGANJURKAN BERSAMA PROGRAM BICARA AL QURAN RAMADHAN 2024 SEBARANG MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI NO TELEFON 0195282975


DAURAH KLINIK AL FATIHAH DAN WAQAF IBTIDAQ
Anjuran : MASJID AL MUKMIN KAMPUNG TANAH PUTEH PEKAN PAHANG
Tarikh : 23/03/2024 hingga 24/03/2024
Masa : 09:00 AM hingga 12:30 PM
Lokasi : MASJID AL MUKMIN KAMPUNG TANAH PUTEH PEKAN PAHANG

MASJID AL MUKMIN KAMPUNG TANAH PUTEH PEKAN PAHANG DENGAN KERJASAMA AZ ZUBAIR DOT COM SERTA GALERI ILMU SDN BHD MENGANJURKAN PROGRAM DAURAH KLINIK AL-FATIHAH PADA 23 MAC 2024 JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI DAN 24 MAC 2024 JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.30 TGHR UNTUK TAJUK WAQAF IBTIDAQ KHUSUS KUPASAN BAIKI BACAAN AL FATIHAH DITIR DAN KUPASAN HUKUM BACAAN TAJWID YANG MUDAH DAURAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ ZUBAIR BIN MALEK DARI AZ ZUBAIR DOT COM. PROGRAM DIADAKAN PADA 14 MAC DAN 15 MAC 2024 PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. JOM HADIR BERAMAI RAMAI MENGIMARAH KAN MASJID DAN MENYANTUNI RAMADHAN BULAN IBADAH YANG MULIA SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK TAHUN NI AZ ZUBAIR DOT COM MEMBUKA PELUANG SEMUA MASJID INSTITUSI DAN SEK JUGA SEMUA IPTA BAGI MENGANJURKAN BERSAMA PROGRAM BICARA AL QURAN RAMADHAN 2024 SEBARANG MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI NO TELEFON 0195282975


DAURAH KLINIK AL FATIHAH
Anjuran : KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GAMBANG KUANTAN
Tarikh : 30/03/2024 hingga 30/03/2024
Masa : 09:00 AM hingga 12:30 PM
Lokasi : KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GAMBANG KUANTAN

BUAT JULUNG KALI NYA IPTA PERTAMA 2024 BAHAWA KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GAMBANG KUANTAN YANG TERPILIH OLEH ALLAH SWT MENGANJURKAN DAURAH KLINIK AL FATIHAH BAGI MENGISI SLOT BICARA AL QURAN RAMADHAN 2024 DENGAN KERJASAMA AZ ZUBAIR DOT COM SERTA GALERI ILMU SDN BHD DAURAH KLINIK AL-FATIHAH AKAN BERLANGSUNG PADA 30 MAC HARI SABTU 2024 JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI BICARA KHUSUS KUPASAN BAIKI BACAAN AL FATIHAH DITIR DAN KUPASAN MAKHRAJ DAN BACAAN BERLAGU AL FATIHAH CARA RASULULLAH DAURAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ ZUBAIR BIN MALEK DARI AZ ZUBAIR DOT COM PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. JOM BERSAMA KITA MENYANTUNI RAMADHAN BULAN IBADAH YANG MULIA . SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK TAHUN NI AZ ZUBAIR DOT COM MEMBUKA PELUANG SEMUA MASJID INSTITUSI DAN SEK JUGA SEMUA IPTA BAGI MENGANJURKAN BERSAMA PROGRAM BICARA AL QURAN RAMADHAN 2024 SEBARANG MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI NO TELEFON 0195282975


GERAKAN MASSA TERIMAKASIHCIKGU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024
Anjuran : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh : 08/03/2024 hingga 09/03/2024
Masa : 08:00 AM hingga 10:00 PM
Lokasi : HIKMAH EXCHANGE EVENT CENTRE KUCHING SARAWAK

DATANG BERAMAI-RAMAI KE KARNIVAL GERAKAN MASSA TERIMAKASIHCIKGU TAHUN 2024 PADA 8 DAN 9 MAC 2024 DI HIKMAH EXCHANGE EVENT CENTRE KUCHING SARAWAK


BICARA HARVARD 2024 PENDIDIKAN KALIS MASA DEPAN
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh : 06/03/2024 hingga 06/03/2024
Masa : 10:00 AM hingga 12:00 PM
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Program Bicara Harvard 2024 Pendidikan Kalis Masa Depan secara dalam talian menerusi platform PNM TV Channel pada 6 Mac 2024 Rabu pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.


ANSARA BLOOD DONATION CAMPAIGN
Anjuran : Ansara Jelebu Kuala Klawang
Tarikh : 02/03/2024 hingga 03/03/2024
Masa : 11:00 AM hingga 04:00 AM
Lokasi : Aeon Seremban 2

Ansara Jelebu Kuala Klawang dengan kerjasama Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Aeon dan MRSM Confessions akan menganjurkan sebuah Program Derma Darah seperti ketetapan berikut 2 dan 3 Mac 2024 Sabtu danAhad 11 pagi hingga 4 petang Ground Floor Aeon Mall Seremban 2 Program ini adalah terbuka kepada semua yang layak menderma Jom sertai kami dan sebarkan kepada semua pihak yang berminat


BIS SISWA BAZAR RAMADAN UKM 2024
Anjuran : UKM CESMED
Tarikh : 12/03/2024 hingga 02/04/2024
Masa : 04:00 PM hingga 07:30 PM
Lokasi : PANGGUNG SENI UKM BANGI

BIS SISWA BAZAR RAMADAN UKM anjuran UKM CESMED Kelab Myagrosis Cesmed Buddies dan SE Club yang akan berlangsung pada 12 hingga 2 April 2024 bermula dari empat setengah petang hingga tujuh setengah petang bertempat di Panggung Seni UKM Bangi Pelbagai gerai jualan yang terdiri daripada usahawan siswa dan peniaga luar dengan pelbagai juadah berbuka puasa Jom beramai ramai memeriahkan BIS SISWA BAZAR RAMADAN UKM


KARNIVAL KERJAYA KESIHATAN DAN SAINS PANTAI TIMUR
Anjuran : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan
Tarikh : 09/03/2024 hingga 09/03/2024
Masa : 10:00 hingga 04:00
Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan dengan kerjasama GradMalaysia dan disokong olen Talentcorp menjemput orang ramai terutama para graduan lepasan Diploma Ijazah Sarjana Sarjana para pencari kerja berpengalaman dan para pelajar yang memerlukan penempatan industri ke program Karnival Kerjaya Sektor Kesihatan dan Sains Peringkat Pantai Timur. Terdapat lebih 25 syarikat seluruh Malaysia yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan latihan graduan seperti jururawat fisioterapi pegawai farmasi pegawai audiologi pegawai optometri IT bahagian pengurusan pemasaran dan jualan serta banyak lagi pekerjaan lain yang turut ditawarkan. Selain itu para pengunjung juga berpeluang untuk menghadiri temuduga di kampus bagi jawatan jawatan yang ditawarkan di samping berpeluang untuk menyemak resume secara langsung oleh pakar dalam bidang carian pekerjaan. Bukan itu sahaja terdapat juga penampilan khas Naufal Isa bersempena dengan program Karnival Kerjaya ini. Jemput hadir beramai-ramai ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan Bandar Indera Mahkota pada hari Sabtu 9 Mac 2024 pada pukul 10 pagi sehingga 4.00 petang. Jumpa di sana. Maklumat lanjut boleh lawati instagram eccaf2024 atau hubungi talian 095704087.


RIANG RIA CUTI SEKOLAH FEBRUARI HINGGA MAC 2024
Anjuran : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 13/02/2024 hingga 07/03/2024
Masa : 11:00 AM hingga 12:00 PM
Lokasi : PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK

Sempena musim cuti sekolah pada bulan Februari dan Mac 2024 ini Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti didik hibur yang menarik untuk kanak-kanak. Penyertaan percuma. Pastikan tidak ketinggalan menyertai aktiviti bersama kami. Layari www.pnm.gov.my atau media sosial PNM untuk maklumat lanjut.


EKSPLORASI DIGITAL UPUSTAKA 2024 LATIHAN PANGKALAN DATA I LEARN ACE
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh : 15/02/2024 hingga 15/02/2024
Masa : 10:00 AM hingga 11:30 AM
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Eksplorasi Digital u Pustaka 2024 Latihan Pangkalan Data iLearn Ace secara dalam talian menerusi platform Google Meet pada 15 Februari 2024 Khamis pukul 10.00 pagi hingga 11.30 tengah hari. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.


MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG KUMBATANG KUDAT SABAH
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh : 17/02/2024 hingga 17/02/2024
Masa : 10:00 AM hingga 01:00 PM
Lokasi : Kampung Kumbatang Kudat Sabah

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang Kudat Sabah pada 17 Februari 2024 Sabtu pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.


JHEAINS INTERACTIVE TALK TAUFAN AL AQSA
Anjuran : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 20/02/2024 hingga 20/02/2024
Masa : 06:00 PM hingga 11:00 PM
Lokasi : MASJID MUHAMMAD AL FATEH FOREST HEIGHT SEREMBAN

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Masjid Muhammad Al Forest Height Seremban akan menganjur Program JHEAINS Interactive Talk Taufan Al Aqsa pada 20 Februari 2024 Selasa bermula selepas maghrib bertempat di Masjid Muhammad Al Forest Height Seremban. Mengundang khas 3 orang panel iaitu Al Fadhil Ustaz Zul Ramli Bin M Razali seorang pendakwah bebas Tuan Nadir Al Nuri seorang aktivis kemanusiaan dan Dato Mohd Zaidi Bin Ramli Pengarah JHEAINS bersama sama mengupas berkenaan isu Taufa Al Aqsa ini. Jom hadirkan diri.


SAMBUTAN BULAN KESEDARAN KANSER MULUT HOSPITAL CYBERJAYA
Anjuran : Jabatan Bedah Mulut Dan Maksilofasial Hospital Cyberjaya
Tarikh : 15/02/2024 hingga 15/02/2024
Masa : 09:00 AM hingga 01:00 PM
Lokasi : Ruang Legar Klinik Pakar Tingkat Dua Hospital Cyberjaya

Bulan Kesedaran Kanser Mulut Mouth Cancer Awareness Month MCAM disambut setiap tahun sepanjang bulan Februari bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser mulut Bersempena itu Jabatan Bedah Mulut Dan Maksilofasial Hospital Cyberjaya akan mengadakan sambutan Bulan Kesedaran Kanser Mulut Peringkat Hospital Cyberjaya pada 15hb februari 2024 bersamaan hari Khamis jam 9 Pagi hingga 1 petang bertempat di Ruang Legar Klinik Pakar Tingkat Dua Hospital Cyberjaya. Orang ramai dijemput hadir utk mendapat maklumat yg lebih lanjut mengenai Kanser Mulut Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan termasuklah booth informasi Kanser Mulut Saringan Mulut Percumapermainan interaktif berkaitan kanser mulut dan macam macam lagi. Tahu Awal Kesan Awal Rawat Awal jom periksa mulut sendiri


EKSPLORASI DIGITAL U-PUSTAKA 2024 LATIHAN PANGKALAN DATA ELAW.MY
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh : 08/02/2024 hingga 08/02/2024
Masa : 10:00 AM hingga 11:30 AM
Lokasi : Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia akan mengadakan Eksplorasi Digital u-Pustaka 2024 Latihan Pangkalan Data eLaw.my secara dalam talian menerusi platform Google Meet pada 8 Februari 2024 Khamis pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Semua dijemput menyertainya. Penyertaan percuma. Untuk maklumat lanjut ikuti Facebook Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia atau layari laman sesawang www.pnm.gov.my.


HEALTH AND WELLNESS FUNFEST
Anjuran : Malakat Mall
Tarikh : 23/02/2024 hingga 25/02/2024
Masa : 10:00 AM hingga 05:00 PM
Lokasi : Malakat Mall CyberJaya

Jemput datang ke event Health and Wellness FunFest di Malakat Mall Cyberjaya pada 23 hingga 25 februari 2024. Pada Sabtu 24 haribulan banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti Fashion Show kitar semula kanak-kanak 2 hingga 10 tahun Bukan itu saja Talk berkaitan kesihatan juga diadakan antara yang bakal memeriahkan Funfest ini ialah dari Tuan Zulhimie Pakar mata Puan Nad Masrom Pakar Laktasi dan Breastfeeding dan Dr. Yasmeen Mohamed Pengasas Kanser Support Group. Datanglah beramai ramai. Masuk adalah percuma. Untuk sebarang pertanyaan lanjut. sila hubungi 01116895296.


SAMBUTAN HARI PENDENGARAN SEDUNIA 2024
Anjuran : Unit Audiologi Dan Patologi Pertuturan Hospital USM Program Audiologi Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Jabatan Otorinolaringologi HNS Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Program Patologi Pertuturan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM
Tarikh : 28/02/2024 hingga 29/02/2024
Masa : 08:00 AM hingga 12:00 PM
Lokasi : Dataran Merah Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia

Setiap tahun Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO menggalakkan sambutan Hari Pendengaran Sedunia bertujuan memberi kesedaran penjagaan telinga dan pendengaran kepada seluruh dunia pada 3 Mac setiap tahun. Sehubungan dengan seruan WHO ini kami di Hospital Universiti Sains Malaysia USM Kelantan akan mengadakan Sambutan Hari Pendengaran Sedunia pada 28 dan 29 Februari 2024 bertempat di Dataran Merah Hospital USM Kelantan yang akan dirasmikan oleh Yang Berusaha Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail Pengarah Kampus Kampus Kesihatan USM. Masalah pendengaran seringkali dirujuk sebagai ketidakupayaan yang tidak kelihatan bukan sahaja kerana kurangnya gejala yang boleh dilihat tetapi juga kerana ia telah lama menjadi stigma dalam masyarakat dan diabaikan. Program anjuran bersama Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan Hospital USM Program Audiologi Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Jabatan Otorinolaringologi HNS Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Program Patologi Pertuturan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Rakan Industri Alat Bantu Pendengaran akan memberi tumpuan kepada cara mengatasi cabaran salah faham persepsi serta sikap diskriminatif masyarakat umum melalui perkongsian ceramah dan pameran seiring dengan tema Hari Pendengaran Sedunia 2024 iaitu Changing Mindsets. Oleh itu kami ingin menjemput sesiapa sahaja yang berkelapangan bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan seperti Tapak Pameran dan Jualan serta jangan lepaskan peluang anda untuk menjalani pemeriksaan telinga dan saringan pendengaran secara PERCUMA. Layari Facebook Page Audiology Programme USM untuk maklumat lanjut. Penjagaan Telinga Dan Pendengaran Untuk Semua


KARNIVAL KERJAYA PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN HARI TERBUKA KUIJSI 2024
Anjuran : KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM
Tarikh : 05/02/2024 hingga 07/02/2024
Masa : 09:00 AM hingga 04:00 PM
Lokasi : KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR KE KARNIVAL KERJAYA PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN HARI TERBUKA KUIJSI 2024 AKAN DIADAKAN PADA 5 HINGGA 7 FEBRUARI 2024 BERTEMPAT DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM JOHOR BAHRU BERMULA JAM 9 PAGI HINGGA 4 PETANG PELBAGAI AKTIVITI MENARIK DIADAKAN SERTA TEMUDUGA TERBUKA KERJASAMA PERKESO NEGERI JOHOR JUGA DIADAKAN.


FORUM SEMINAR MASYARAKAT MADANI ISRA DAN MIKRAJ PERSPEKTIF AKHIR ZAMAN SEMPENA SAMBUTAN ISRA MIKRAJ 1445H
Anjuran : Pertubuhan Rabithah Alawiyah Malaysia Kerjasama Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
Tarikh : 03/02/2024 hingga 03/02/2024
Masa : 08:00 AM hingga 01:00 PM
Lokasi : Dewan Sheikh Daud Al Fathoni Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin Atau Masjid Besi Putrajaya

Pertubuhan Rabithah Alawiyah Malaysia kerjasama Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi Putrajaya. Menganjurkan Forum Seminar Masyarakat Madani Isra dan Mikraj Perspektif Akhir Zaman Sempena Sambutan Isra Mikraj 1445H. Pada 3.2.2024 hari Sabtu bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari. Antara barisan penceramahnya ialah 1 Habib Najmuddin bin Syed Othman Al Khered merupakan Pembimbing Majlis Talim Sawaassabil dan Timbalan Pengerusi Yayasan Ar Riayah. 2 Dr Syed Shahridzan bin Syed Mohamed merupakan Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan. 3 Ustaz Tuan Haji Nor Azamir bin Haji Alias merupakan Imam Besar Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. 4 Ustaz Ali Redho Maulachela merupakan Mahasiswa PHD UIA. Progam ini terbuka kepada umum sama ada lelaki perempuan serta seisi keluarga mahupun mahasiswa secara percuma. Makanan serta minuman turut disediakan secara percuma. InshAllah YB Senator Dato Setia Dr Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama akan turut hadir sesi majlis penutupan. Orang ramai dijemput hadir secara percuma. Maklumat lanjut boleh rujuk di facebook atau instagram Pertubuhan Rabithah Alawiyah Malaysia.


DAURAH KLINIK AL-FATIHAH
Anjuran : MASJID SAIDINA OSMAN MUKIM TEPI SUNGAI DAN AZZUBAIR DOT COM BERSAMA GALERI ILMU
Tarikh : 10/02/2024 hingga 10/02/2024
Masa : 09:00 AM hingga 04:00 PM
Lokasi : MASJID SAIDINA OSMAN MUKIM TEPI SUNGAI TANAH MERAH KELANTAN

MASJID SAIDINA OSMAN MUKIM TEPI SUNGAI TANAH MERAH KELANTAN DENGAN KERJASAMA AZ ZUBAIR DOT COM SERTA GALERI ILMU SDN BHD MENGANJURKAN DAURAH KLINIK AL-FATIHAH KHUSUS KUPASAN BAIKI BACAAN AL FATIHAH DITIR DISAMPAIKAN OLEH USTAZ ZUBAIR BIN MALEK DARI AZ ZUBAIR DOT COM. PROGRAM DIADAKAN PADA 10 FEBRUARY 2024 HARI SABTU. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. MAKAN DISEDIAKAN. SEBARANG MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI NO TELEFON 0195282975. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.


FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2024
Anjuran : Kerajaan Negeri Johor Melalui Majlis Bandaraya Pasir Gudang Tourism Johor Serta Persatuan Pelayang Malaysia Dan Johor
Tarikh : 24/02/2024 hingga 03/03/2024
Masa : 10:00 AM hingga 11:00 PM
Lokasi : BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG

Alami kemeriahan acara tahunan terbesar peringkat dunia di Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ke-26 bermula pada 24 Februari hingga 3 Mac 2024. Bertemakan Budaya Dinamik acara ini menghimpunkan lebih 300 peserta pelayang dari peringkat kebangsaan mahupun dunia mewakili 40 buah negara bakal turut serta memperlihatkan hasil seni dan kreativiti tersendiri dengan pelbagai rekabentuk layang-layang yang akan menghiasi ruang udara di Bukit Layang-layang Pasir Gudang Johor. Festival anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang Tourism Johor serta Persatuan Pelayang Malaysia dan Johor ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian dan program menarik. Semua dijemput hadir memeriahkan lagi festival ini. Maklumat lanjut layari facebook Tourism Johor.


KULIAH ISRAK MIKRAJ1445H
Anjuran : BIRO DAKWAH Masjid Taman Rakan
Tarikh : 11/02/2024 hingga 11/02/2024
Masa : 07:00 PM hingga 09:30 PM
Lokasi : Masjid Taman Rakan Cheras Kajang

Pihak Masjid Taman Rakan Cheras Kajang akan menganjurkan Kuliah Khas Sempena Israk Mikraj1445Hijrah bersama Penceramah jemputan iaitu USTAZ ROSLAN MOHAMED pada tarikh 11Febuari 2024 Ahad Selepas Solat Maghrib Bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Taman Rakan Cheras Kajang Muslimin dan Muslimat di jemput hadir Beramai Ramai bersama Keluarga


DAURAH PERUBATAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN
Anjuran : Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia UPM
Tarikh : 17/02/2024 hingga 18/02/2024
Masa : 08:00 AM hingga 05:00 PM
Lokasi : DEWAN SEMINAR AL FARABI FAKULTI EKOLOGI MANUSIA UPM

Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia UPM dengan kerjasama Persatuan Perubatan Pengubatan dan Kebajikan Islam Darussyifa Malaysia akan menganjurkan Daurah Perubatan Islam Peringkat Kebangsaan bermula 17 hingga18 Februari 2024 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang bertempat di Dewan Seminar Al Farabi Fakulti Ekologi Manusia UPM. Dijemput semua untuk bersama sama dalam program yang mengumpulkan para ilmuan yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang perubatan Islam. Hubungi Ustaz Norhisyam di talian 0139771583.


PROGRAM WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL. 2 2023 BERTAJUK ILMU GASTRONOMI MELAYU PURI KENCANA PNM
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh : 06/06/2026 hingga 06/06/2023
Masa : 10:00 AM hingga 12:00 PM
Lokasi : PNM TV Channel

Perpustakaan Negara Malaysia akan menganjurkan Program Wacana Manuskrip Melayu Bil. 2 2023 bertajuk Ilmu Gastronomi Melayu Puri Kencana PNM pada 6 Jun 2023 Selasa pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Anda dijemput untuk menyaksikan dan menyokong program ini secara langsung dalam talian menerusi platform PNM TV Channel Maklumat lanjut layari www.pnm.gov.my dan media sosial Perpustakaan Negara Malaysia.



Kembali