Anugerah Awam Tertinggi Pakistan Buat Dr Mahathir

ISLAMABAD, 20 Mac – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahkan anugerah awam tertinggi Pakistan, ‘Nishan-e-Pakistan’ atau Order of Pakistan, semasa lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu.

Anugerah itu diberikan atas sumbangan Dr Mahathir kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Ikram Mohammad Ibrahim berkata anugerah berkenaan akan disampaikan oleh Presiden Pakistan Arif Alvi sewaktu kunjungan Perdana Menteri ke atas Arif di Istana Presiden, Aiwan-E-Sadr pada hari kedua lawatan.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top