Anak Hosni Mubarak Dibebaskan Mahkamah Mesir

KAHERAH, 20 September – Dua anak lelaki bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan dengan ikat jamin, semalam, beberapa hari selepas di atas tuduhan manipulasi pasaran saham, menurut sumber kehakiman dan peguam.

Gamal dan Alaa Mubarak ditahan, Sabtu lalu dan didakwa bersama tiga individu lain kerana gagal memaklumkan perjanjian membeli kepentingan majoriti dalam beberapa bank menerusi satu syarikat.

Peguam Farid el-Dib memaklumkan bahawa  Sebuah mahkamah di Kaherah mengarahkan pembebasan mereka dengan ikat jamin AS$5,550.

Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 20 Oktober depan.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top