Amaran Jabatan Imigresen Kepada Majikan

SHAH ALAM, 7 November – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali langkah itu akan diambil berikutan terdapat majikan yang masih berdegil dan melanggar peraturan ditetapkan oleh kerajaan berhubung proses pengambilan pekerja warga asing di negara ini.

Ujar beliau, untuk tempoh sejak 1 Januari sehingga 6 November tahun ini, seramai 1,163 majikan di seluruh negara telah ditangkap dan dikenakan tindakan penguatkuasaan berikutan cuba melindungi Pati.

Selain itu, Datuk Seri Mustafar berkata pihaknya juga akan menguatkuasakan pemantauan di pintu-pintu khas imigresen melibatkan golongan kenamaan (VIP) bagi membanteras sebarang kegiatan pembolosan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top