AIPA Perlu Efektif Perjuang Isu Palestin

PUTRAJAYA, 24 Mac – Anggota Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) perlu lebih berkesan  memainkan peranan memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Justeru, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh platform itu perlu digunakan sepenuhnya oleh anggota AIPA untuk membawa agenda pembebasan Palestin ke pentas dunia.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Persidangan NGO ASEAN Plus Mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa di Putrajaya. Beliau berkata anggota AIPA, khususnya dari negara-negara Islam harus memiliki kekuatan untuk bersuara, sekaligus menjadi dokongan yang kuat kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam agenda menghapuskan cengkaman rejim zionis ke atas Palestin.

Sementara itu, persidangan dua hari yang berakhir hari ini itu menghasilkan 11 resolusi dan pelan tindakan antaranya tidak mengiktiraf sebarang cubaan mengubah status Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin dan bersolidariti dengan penduduk Palestin dalam semangat penentangan mempertahankan tanah air.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top