Ahmad Bashah MB baharu Kedah

ALOR SETAR, 3 Februari – ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah baharu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, berkata majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi esok.

“Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 3 Februari, …berikutan itu Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

“Pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 35 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah,” katanya.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top