Adib dilihat duduk menunduk peluk tubuh tahan sakit

SHAH ALAM, 13 Februari – Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim digambarkan mengalami cedera parah apabila dilihat duduk dengan kaki dilunjur ke arah jalan, kepalanya menunduk manakala tangannya memeluk tubuh seperti menahan kesakitan.

Saksi awam, Amirrul Adli M Yussli, 26, berkata walaupun memandang Muhammad Adib Mohd Kassim sekilas, beliau percaya bahawa individu itu adalah seorang anggota bomba kerana mengecam seluar celoreng bomba yang dipakainya.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top