India Mahu Malaysia Ketuai Dunia Perangi Keganasan

image

NEW DELHI, 20 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata India mahu Malaysia berada di barisan hadapan dalam menangani ancaman keganasan dan radikal kumpulan militan Daesh di peringkat global.

Beliau berkata ini dinyatakan dalam pertemuan tertutup antara beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di residensi rasmi Modi di sini pada Selasa.

“India mengiktiraf kejayaan Malaysia menerusi konsep kesederhanaan yang diinisiatifkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memerangi
keganasan seperti yang diamalkan di Malaysia.

“Malah India mahu Malaysia mengemukan polisi dan kaedah ini bukan sahaja di wilayah Asean tetapi juga semasa Sidang Kemuncak Asean dengan rakan dialog Asean dan di peringkat  antarabangsa,” katanya.

Bercakap kepada media Malaysia selepas pertemuan 45 minit dengan Modi, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata India turut memuji langkah proaktif dan serius yang diambil Malaysia dalam menangani ancaman keganasan.

Sumber – BERNAMA

Kongsi Artikel ini :

4 Comments

  1. mirfathirJuly 29, 2016

    Kamu nak tgk dengan terang Azab Allah swt membinasakan negara mana mula melakukan kekejaman kezaliman,keganasan dan ketindasan. Ini perhitungan kalian Kepada Allah swt supaya Allah azza waljalla Hakim tunjuk KuasaNya dan membinasakan Negara melakukan kezaliman dan kekejaman.”Kun Fayakun” Kau tunjukkanlah keKuasaanMu Yaa Allah siapa yang benar dan siapa mungkar. Yaa Allah Yaa Malik Yaa aziz Yaa jabbar Yaa mutakabbir Yaa Qahar Yaa Haiyyu Yaa Qaiyum Yaa zaljalali wal ikram

  2. mirfathirJuly 29, 2016

    Adakah kamu tahu sunnah waljamaah (sunni) di Iraq dibunuh,dibom dan dengan kekejaman majoriti sunni meninggal 300.000ribu lebih ada kamu ambik kisah?
    Inilah perhitungan Allah swt membalasNya. InsyaAllah “Kun Fayakun”

  3. mirfathirJuly 29, 2016

    Ingatlah Hariraya syawal hari kemenangan umat Islam dan ingat Akhir itu lebih baik dari permulaan. Dengan izin Allah swt maka binasalah kaum-kaum kafir dan sekutunya. “Kun fayakun”
    Allahuakbar..
    Allahuakbar..
    Allahuakbar walillahilhamd.

  4. mirfathirJuly 29, 2016

    300,000 sunni mati dengan kejam.
    30,000,000 kaum kafir pasti dibayar dengan azab kebinasaan dan kehancuran dari Allah swt. InsyaAllah “Kun Fayakun”.

Leave a Reply

Scroll to top