742 hektar tanah di Riau terbakar

JAKARTA, 25 Februari – Kebakaran hutan dan tanah semakin merebak di Riau ketika daerah Bengkalis merupakan kawasan terjejas teruk di wilayah itu melibatkan kawasan seluas 742 hektar.

Detik News yang memetik Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edwar Sanger sebagai berkata, dari data yang diperoleh mereka sejak awal Januari hingga Februari, kebakaran di daerah Bengkalis melibatkan kawasan 742 hektar.

Menurutnya lagi kebakaran di Bengkalis melibatkan kawasan Pulau Rupat sehingga mencatatkan beberapa titik panas yang mengelilingi pulau di pantai timur Sumatera itu.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top