6 Cedera, Pejuang Palestin Bedil Wilayah Israel

MISHMERET, 25 Mac – Enam tercedera selepas sebuah pelancar roket jarak jauh yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza terkena sebuah kediaman di tengah Israel, kejadian pertama seumpamanya sejak perang Palestin 2014.

Serangan awal pagi tadi ke atas Mishmeret, sebuah bandar pertanian di utara Tel Aviv, berlaku ketika pergolakan memuncak menjelang ulang tahun protes di sempadan Gaza dan kunjungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington, sebahagian daripada kempen penggal kelima beliau menjelang pilihan raya 9 April ini.

Dalam pada itu Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon memaklumkan bahawa kediaman di Mishmeret dibedil oleh sebuah roket dari Gaza.

Setakat ini tiada pengesahan diterima dari pihak Palestin berhubung serangan itu.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top