51,147 Kes HFMD Dicatat Hingga Ogos

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini bahawa  Sebanyak 51,147 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dicatat di seluruh negara sejak 1 Jan hingga 14 Ogos,

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes HFMD di Malaysia, bagaimanapun tidak ‘seganas’ beberapa negara lain seperti di China yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat penyakit itu.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) mengenai jumlah kes HFMD di Sarawak dan langkah pencegahan termasuk kriteria yang digunakan untuk menilai sama ada taska atau tadika perlu ditutup disebabkan penyakit itu.

Di Sarawak, Dr Dzulkefly memaklumkan  sebanyak 6,209 kes HFMD dicatatkan dengan majoriti dilaporkan di Kuching iaitu 1,387 kes dalam tempoh 1 Jan hingga 14 Ogos 2018.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.