5,000 Guru KAFA Diserap Ke Jawatan Tetap

PUTRAJAYA, 20 September – Sejumlah 5,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang memiliki diploma dan ijazah kini dalam proses dilantik ke jawatan tetap, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) pula akan diberi tempoh dua tahun untuk belajar sambil bekerja bagi melayakkan dilantik secara tetap ke jawatan itu.

Beliau menyatakan perkara itu  kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di  Putrajaya

Mengulas tentang pusat kaunseling berkenaan, Fuziah berharap ia dapat diwujudkan di semua masjid besar di setiap negeri agar matlamat penubuhannya sejajar dengan konsep rahmatan lil alamin (rahmat ke seluruh alam).

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top