45 Penduduk Gaza Ditahan Kerana Jadi Pengintip Israel

GAZA, 9 Januari – Kementerian Dalam Negeri Palestin yang berpangkalan di Gaza pada Selasa mengumumkan penahanan sejumlah 45 rakyat negara itu yang disyaki bersekongkol dengan operasi rejim zionis  Israel untuk menyusup masuk ke Khan Younis di tenggara Gaza pada  bulan November lepas.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu video yang dikeluarkan pada Selasa oleh kementerian yang dikendali oleh Hamas, yang turut membabitkan pengakuan jelas menjadi pengintip Israel.

Tujuh rakyat Palestin dan seorang tentera Israel terbunuh dalam satu operasi penyamaran bagi membolehkan rejim itu menyusup masuk ke Khan Younis pada 11 Nov. 

Kejadian tersebut  disusuli peningkatan operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top