4 Maut, 43 Cedera Kereta Api Turki Bertembung

ANKARA, 13 Disember – Empat orang maut dan 43 lagi cedera hari ini selepas sebuah kereta api laju Turki bertembung dengan satu lagi kereta api dan melanggar tembok lintasan pejalan kaki di sebuah stesen kereta api di Ankara.

Rakaman video menunjukkan pekerja bantuan di tempat kejadian berusaha menyelamatkan penumpang daripada beberapa gerabak yang tersepit dibawah sisa kemalangan di sebuah lintasan pejalan kaki di stesen Marsandiz, kesebelah barat ibu negara itu.

Kemalangan itu berlaku pada jam 6.30 pagi ketika kereta api itudalam perjalanan di antara Ankara dan wilayah tengah Turki, Konya.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top