36,304 Calon UPSR 2014 Dapat Gred A – KP Pelajaran

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini menurun sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.27 mata tahun lalu kepada 2.29 mata GPN tahun ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Katanya, seramai 36,304 daripada 460,407 calon UPSR 2014 mendapat Gred A.

“Bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman analisis keputusan UPSR 2014 di Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi.

PTJ01_261114_UPSR

Selangor pula mencatatkan sedikit penurunan jumlah pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Zainureen Mohd Noor, berkata seramai 6,593 murid mendapat semua A tahun ini berbanding 7,914 murid tahun lalu.

Di Ipoh pula seramai 2,847 murid atau 7.60 peratus daripada 37,479 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tahun ini mencatat prestasi cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Perak, Mohd Idris Ramli, berkata pencapaian itu bagaimanapun adalah penurunan sebanyak 0.89 peratus berbanding tahun lalu yang mana seramai 3,249 calon atau 8.49 peratus mendapat gred A bagi semua mata pelajaran.

Seramai 24,434 atau 65.19 peratus calon mencapai tahap pencapaian minimum gred C atau lulus, iaitu peningkatan sebanyak 65.19 peratus berbanding 63.77 peratus pada 2013.

Manakala di Pulau Pinang seramai 2,335 daripada 23,629 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini memperoleh keputusan gred A dalam semua mata pelajaran dengan nilai peratusan 10.03 peratus.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Dr Sharifah Bee Aboo Bakar di Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Bukit Mertajam, di sini, sebentar tadi.

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my