220 Anggota Parlimen Angkat Sumpah

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Seramai 220 daripada keseluruhan 222 orang anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangannya hari ini.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh tidak hadir untuk istiadat hari ini kerana bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan baru-baru ini.

Seorang lagi anggota Parlimen Hafez Musa (BN-Sipitang) juga tidak hadir.

Acara yang berlangsung di Dewan Rakyat itu diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga anggota Parlimen Langkawi, turut mencatatkan sejarah apabila menyaksikan negarawan itu kembali ke Dewan Rakyat untuk kali kedua selepas 15 tahun bersara.

Seterusnya, ia diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku anggota Parlimen Pandan, barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, anggota Parlimen kerajaan, anggota Parlimen pembangkang, anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak serta anggota Parlimen Bebas.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top