20 Korban Banjir Afghanistan

KANDAHAR, 3 Mac – Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 10 lagi hilang akibat banjir kilat terburuk yang menghanyutkan ribuan rumah dan kenderaan selatan Afghanistan sejak Jumaat lalu.

Menurut Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), banjir itu menyebabkan Kandahar dan beberapa daerah di wilayah berkenaan lumpuh selepas hujan lebat selama 30 jam.

Timbalan Gabenor Kandahar, Abdul Hanan Moneeb, berkata kejadian itu adalah paling buruk dalam tempoh tujuh tahun.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top