19 Kakitangan PBB Antara Mangsa Nahas Ethiopian Airlines

NEW YORK (PBB), 10 Mac – Sekurang-kurangnya 19 kakitangan agensi bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disahkan antara mangsa nahas pesawat Ethiopian Airlines, berhampiran Addis Ababa.

Perkara itu diumumkan oleh ketua agensi penghijrahan PBB.

Terdahulu, pihak berkuasa berkata, kesemua 157 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 737 terkorban selepas berlepas dari Addis Ababa ketika dalam perjalanan ke Nairobi, iaitu lokasi persidangan anjuran PBB.

Ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Penghijrahan (IOM), Antonio Vitorino berkata berkata, selain IOM, agensi terbabit adalah Program Makanan Dunia, Agensi Pelarian PBB, Bank Dunia dan Agensi Alam Sekitar PBB.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top