177 Bakal Jemaah Haji Indonesia Ditahan Di Filipina

kuota5
JAKARTA, 30 Ogos – Gara-gara terpengaruh dengan tawaran satu sindiket untuk menunaikan ibadah haji menggunakan kuota haji Filipina, seramai
177 rakyat Indonesia kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen negara itu.
Media-media tempatan melaporkan kesemua warga Indonesia itu terpedaya dengan sindiket ejen haji sebuah syarikat tempatan yang ‘menawarkan‘ perkhidmatan membawa jemaah negara itu menerusi penerbangan dari Manila, Filipina.
Sindiket itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga USD10,000 (RM40,000) bagi setiap bakal haji dan mereka berlepas dari Sulawesi Selatan ke Manila pada 19 Ogos lepas.
Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla ketika mengulas kejadian itu berkata sebanyak 177 bakal jemaah haji itu ditahan pihak berkuasa Filipina kerana
kesalahan menggunakan pasport Filipina.
Beliau berkata kerajaan Indonesia sedang berusaha membantu mereka supaya tidak dikenakan hukuman.
 
Sumber – BERNAMA

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top