17 Pelajar peroleh Mumtaz STAM di Perak

KAMPUNG GAJAH, 21 Januari – Seramai 17 pelajar daripada 477 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Perak.

Seramai 96 calon memperoleh keputusan Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 153 Jayyid (baik).

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, berkata 19 sekolah yang berdaftar untuk menduduki peperiksaan STAM di seluruh negeri pada tahun ini.

“Keputusan pelajar STAM 2015 meningkat kepada 63.3 peratus lulus berbanding 59 peratus bagi peperiksaan pada 2014, ” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sijil keputusan STAM kepada pelajar di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA) di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Muhd Yusop Hussein dan Pengetua SARJANA, Omar Bakar.

Nizar berkata, SARJANA menjadi sekolah terbaik di Perak apabila lapan pelajarnya memperoleh Mumtaz dengan salah seorang daripadanya memperoleh 10 A1.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top