12 Tentera Yaman Maut Dalam Serangan Peluru Berpandu Puak Houthi

SANAA, 25 Februari – Sekurang-kurangnya 12 anggota tentera yang setia kepada Presiden Yaman dalam buangan, Abd-Rabbu Mansour Hadi, telah terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak di selatan sempadan Arab Saudi pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai tentera.

Serangan itu terkena tentera terbabit di sebuah pasar popular berhampiran kawasan lintasan sempadan al-Buqa pada sebelah petang, kata pegawai yang enggan dikenali itu.

Beliau berkata mangsa yang cedera telah dikejarkan ke sebuah hospital dalam wilayah Najran yang terletak di selatan sempadan Arab Saudi.

Sementara itu, stesen penyiar kendalian Houthi al-Masirah TV melaporkan bahawa serangan peluru berpandu balistik ke atas kawasan lintasan sempadan al-Buqa itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 40 anggota tentera yang setia.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top