10,000 Bomba Siap Sedia Hadapi Banjir

SHAH ALAM, 13 Disember – Sejumlah 10,000 anggota dan pegawai bomba telah disiapsiagakan bagi menghadapi musim banjir khususnya di pantai timur. 

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, semua cuti pasukan itu telah dibekukan sejak November lalu.

Serentak dengan itu juga, menurut beliau lagi pihaknya telah mengatur gerak 500 jentera logistik termasuk peralatan marin dan pengangkutan selain mula mengaktifkan tiga pangkalan udara. 

Datuk Muhammad Hamdan memberitahu demikian pada sidang akhbar di Shah Alam Selangor.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang akademik dan latihan pengukuhan di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan JBPM.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top