1 Maut, 1 Hilang Dalam Insiden Pesawat Terjunam Di China Selatan

AIKOU,  5 Julai – Sebuah pesawat amfibia kecil sebuah syarikat pelancongan udara terjunam ke dalam sebuah kawasan tadahan air semasa sesi latihan di Wilayah Hainan yang terletak di China selatan, menyebabkan seorang juruterbang maut manakala seorang lagi hilang

Demikian menurut  agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Nahas itu berlaku di Wanning City pada pukul 4.28 petang pada Rabu.

Pesawat itu milik Meiya Air dan kedua-dua juruterbang merupakan pekerja syarikat tersebut.

Seorang daripada mangsa dibawa keluar dari kawasan tadahan air itu pada petang Rabu, namun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.

Pasukan penyelamat masih mencari seorang lagi mangsa yang hilang.

Dalam pada itu Punca nahas tersebut   masih disiasat.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top