Zakir Naik : Kerajaan Tidak Tunduk Kepada Desakan

PUTRAJAYA ,10 Julai – Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak untuk pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik dihantar pulang ke India.

Pada sidang akhar selepas menyampaikan perutusan khas pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di  Putrajaya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai faktor dan bukan sahaja melihat kepada desakan sesetengah pihak dalam perkara-perkara tertentu.

Beliau mengulas desakan sesetengah pihak supaya pendakwah bebas itu dihantar pulang ke negara asalnya India.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top