Penyampaian sumbangan berbentuk pakaian seragam, kasut, beg serta alat tulis itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sentosa, Rawang dekat sini hari ini.

Menurut beliau, hari ini, Yayasan Hasanah buat julung-julung kalinya mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sedemikian bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah B40 di parlimen ini.

“Kita memilih pelajar yang betul-betul layak iaitu berdasarkan rekod serta cadangan dari pihak sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurakan program Back To School 2018 di SK Bukit Mahkota Rawanf dekat sini hari ini.

SUMBER -UTUSAN ONLINE.