Yang Di Pertuan Agong Perkenan Pembebasan Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberikan kebebasan serta- merta.

Menerusi  satu kenyataan yang dikeluarkan  oleh pihak Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51  pada hari ini.

Menurut kenyataan  tersebut lagi,  Yang di-Pertuan Agong berkenan pengampunan penuh diberikan dan  pembebasan serta-merta kepada  Datuk Seri Anwar setelah dinasihatkan oleh  lembaga pengampunan tersebut selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Seri Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.