WHO hantar pakar, vaksin tangani Ebola di Congo

KINSHASA, 14 Mei 2018 – Republik Demokratik Congo dan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)   menghantar pasukan pakar kecemasan untuk menghalang penyebaran Ebola, disyaki menjangkiti lebih 30 orang setakat ini.

Pengarah untuk rantau Afrika, Matshidiso Moeti berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memperoleh 4,000 dos vaksin eksperimen Ebola dan bersiap sedia untuk penghantaran di Congo.

Beliau turut  berkata, 362 hubungan dikesan terhadap mangsa yang jatuh sakit.

Wabak pertama dilaporkan Congo berpusat di perkampungan Ikoko Impenge, berhampiran bandar Bikoro Selasa lalu, dengan 32 kes disyaki, mungkin atau disahkan, termasuk 18 kematian sejak 4 April lalu.

Beberapa kematian berlaku seawal Januari tidak dikaitkan dengan epidemik itu.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.