WHO Berjaya Perlahankan Penularan Wabak Ebola Di Congo

CONGO , 13 Jun – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berjaya memperlahankan penularan wabak Ebola yang mula menular di Republik Demokratik Congo (DRC) awal bulan lalu.

Antara pendekatan yang dilakukan pihak WHO adalah memberikan vaksin kepada seribu warga Congo yang menetap di kawasan-kawasan penularan wabak tersebut.

Vaksin tersebut dibangunkan oleh Agensi Kesihatan Awam Kanada dan dimilliki oleh Merck yang berpangkalan di Kirkland.

Pemilihan penggunaan vaksin ini dilihat sebagai satu pilihan terbaik kerana ia menjanjikan kadar kemujaraban positif dengan berkurangnya angka penularan jika dibandingkan pada 2014 hingga 2016 yang menyaksikan 11,000 mangsa terkorban di Afrika Barat.

Sumber APTN

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.