Tukang masak didakwa bunuh penuntut UiTM

TAIPING: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi kerana didakwa membunuh seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nor Syuhada Johari, 20, pada 2 Februari lalu.

Syarafi Abu, 25, dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 11.55 pagi di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Taiping di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna jingga bagaimanapun mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Mohd Amril Johari.

Ghim Siang kemudian menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat diperoleh.

Sumber BERITA HARIAN.

199total visits,3visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm