Teruskan bantu mualaf – JAKIM

KANGAR, 13 Julai –  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyifatkan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memberi biasiswa kepada mualaf melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi sebagai amalan murni cerminan Islam.

Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha, berkata inisiatif sedemikian perlu dicontohi negeri lain dan JAKIM sendiri akan menggunakan pendekatan sama dalam membantu saudara baharu.

“Inisiatif ini belum dilakukan mana-mana pihak. Menariknya, MAIPs menawarkan biasiswa kepada mualaf tanpa mengira usia, malah ada pelajar berusia 40 tahun menerimanya,” katanya pada Majlis Semarak Kasih Syawal bersama Mualaf di Dewan 2020, di sini, malam tadi.

Beliau merujuk titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mengenai usaha MAIPs memberi bantuan berbentuk biasiswa kepada 50 mualaf untuk melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Othman berkata, pihaknya akan membawa langkah MAIPs itu ke persidangan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

“Kita akan meminta MAIPs membuat kertas cadangan bagi dibincangkan bersama untuk dilaksanakan di negeri lain,” katanya.

Terdahulu, lebih 600 mualaf zon utara merangkumi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dirai dalam sambutan Aidilfitri. Raja Muda Perlis yang juga Yang Dipertua MAIPs yang berangkat ke majlis itu turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri.

Sumber : Berita Harian 

86total visits,2visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm