Sultan Selangor titah kenderaan jenazah tidak disalahgunakan

SHAH ALAM, 23 Februari – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak berkenan kenderaan jenazah disalah guna untuk mengadakan demonstrasi atau kegunaan lain, yang tiada kaitan dengan urusan pengendalian jenazah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor bertitah perbuatan sedemikian hanya akan memperlihatkan umat Islam mempersendakan penggunaan kenderaan jenazah yang tidak sepatutnya dilakukan.

“Sehubungan itu, baginda menitahkan seluruh ahli jawatankuasa (AJK) masjid atau kariah di negeri ini, menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan mereka, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, baginda bertitah AJK masjid atau kariah yang bertanggungjawab dengan kenderaan jenazah perlu memanfaatkannya untuk urusan membawa jenazah sahaja.

Sehubungan itu, Munir mengingatkan pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah di negeri ini untuk mengambil maklum serta mematuhi Sultan Selangor itu.

555total visits,4visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm