Skim Kawalan Harga Ramadan senarai 10 barangan

SEPANG, 19 Mei – Sebanyak 10 barangan disenaraikan menerusi Skim Kawalan Harga (SKH) Ramadan 2017 bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata 10 barangan berkenaan adalah kacang tanah, kacang hijau, telur ayam gred A,B,C, kelapa biji, kelapa parut, gula pasir putih bertapis kasar, gula pasir putih bertapis halus dan tepung gandum.

Katanya, skim yang kali pertama dilaksanakan itu akan berkuat kuasa lima hari sebelum Ramadan dan ketika Ramadan.

“Pelaksanaan skim ini mengambil kira cadangan rakyat bagi tujuan menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut dalam kalangan peniaga menjelang Ramadan dan semasa Ramadan.

“Peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan mengikut skim ini mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya pada sidang media Pengumuman Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 di sini, hari ini.

Katanya, mereka yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum ditentukan boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000,” katanya.

1087total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm