Serangan Daesh di Mesir kerana tertekan

KAHERAH, 10 April – Dua insiden pengeboman gereja di Mesir memberi gambaran kumpulan militan Daesh kini semakin terdesak, susulan tekanan berterusan di Iraq dan Syria, kata penganalisis.

Sekutu kumpulan pengganas itu di Mesir itu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Tanta dan Iskandariah, di Delta Nil, Ahad lalu.

Sebelumnya mereka lebih tertumpu di Semenanjung Sinai dan sudah membunuh beratus-ratus polis dan tentera, setakat ini.

Namun, Daesh belum menguasai beberapa kawasan utama di Mesir, berbanding Iraq dan Syria, selain kehilangan beberapa pemimpin kanan dalam serangan oleh tentera kerajaan beberapa bulan lalu.

Sebelum ini Daesh pernah menyerang penduduk Kristian Koptik Mesir, namun serangan ke atas golongan minoriti itu semakin meningkat sejak Disember dengan satu insiden pengeboman di Kaherah yang membunuh 29 orang.

Di Sinai, militan Daesh membunuh tujuh penganut Kristian Koptik pada Januari dan Februari lalu sehingga memaksa berpuluh-puluh keluarga Kristian kediaman mereka yang bersempadan dengan Israel dan Semenanjung Gaza.

“Daesh dan penyokongnya di dalam talian memperkenalkan konsep mazhab lebih radikal kepada pengganas Mesir, sejak pengeboman Disember lalu,” kata Mokhtar Awad, felo penyelidik Program Extremisme di Universiti George Washington, Pengeboman Disember lalu di sebuah gereja bersebelahan dengan kerusi Pope Koptik menunjukkan perubahan taktik Daesh.

“Hanya selepas Disember 2016, Daesh memulakan kempen sistematik menyasarkan penganut Kristian Koptik di Mesir,” kata Jantzen Garnett, pakar mengenai pengganas dari firma penganalisis, Navanti Group.

“Daesh kian tertekan di Iraq dan Syria dan kini melakukan serangan besar di tempat lain dalam percubaan merangsang moral dan merekrut pejuang baharu,” katanya. – AFP

93total visits,1visits today

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm