Penjelasan Berhubung Status SRA Umar bin Abdul Aziz, Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Akhbar Utusan Malaysia Ruangan Utusan Kota Bertarikh 7 Julai 2017 (Jumaat), Muka Surat 30, bertajuk “JAWI diminta perjelas status SRA Umar Bin Abdul Aziz”, JAWI menegaskan seperti berikut:

  1. Sekolah berkenaan TIDAK DITUTUP seperti yang dilaporkan;
  2. Dalam menyediakan ruang dan persekitaran pembelajaran yang baik kepada para pelajar, JAWI telah mengambil inisiatif dengan memindahkan para pelajar ke Kompleks Pusat Islam bagi meneruskan sesi pembelajaran tahun 2017;
  3. Pemindahan ini dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf bangunan Masjid Negara (lokasi SRA Umar bin Abdul Aziz) dan JAWI kini dalam usaha mengenalpasti lokasi lain yang lebih bersesuaian;

Sehubungan itu, sebarang persoalan lanjut berhubung perkara di atas, sila hubungi Bahagian Pelajaran JAWI di talian 03 2274 9333.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Saya Yang Menurut Perintah’

HAJI ABDUL AZIZ BIN JUSOH
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
[7 JULAI 2017 (JUMAAT)]

150total visits,3visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm