PDRM Tingkat Keselamatan Menjelang Hari Malaysia

KUALA LUMPUR 20 MARCH 2015. Wawancara Khas bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sempena peringatan hari polis ke-208 di Bukit Aman, Kuala Lumpur. NSTP/ Zulfadhli Zulkifli.

KUALA LUMPUR, 13 SeptPolis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan tahap keselamatan menjelang sambutan Hari Malaysia, Jumaat ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman.
“Polis meningkatkan kesiapsiagaan bukan sahaja di sesuatu tempat, malah di seluruh negara terhadap sebarang ancaman, sama ada Daesh atau pihak yang sengaja menggugat kelancaran sambutan Hari Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Korban dan Akikah peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Sumber – BERITA HARIAN

79total visits,1visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm