Nowseeheart Tampil Album Baharu ‘Katakan’

KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama menyepi tanpa album baharu, kumpulan nasyid Nowseeheart yang dianggotai seramai 4 orang ahli kini kembali dengan kemunculan album terbaharu mereka berjudul “KATAKAN”.

Bertempat di Terrace Restaurant, Royal Bintang, The Curve, satu majlis sidang media diadakan mengembalikan kemunculan selepas 13 tahun tidak menerbitkan album.

Album keenam ini yang telah dilancarkan pada 20 Januari 2015 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota memuatkan 9 buah lagu; Katakan, Sudahlah, Selawat Untukmu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Damai Yang Hilang 2014, dan Fatwa Hati. Menariknya lagu Fatwa Hati yang merupakan ‘killer song’ di dalam album ini turut menampilkan artis popular tanah air iaitu JayJay.

Lagu-lagu beserta lirik di dalam album ini kebanyakannya dicipta dan dihasilkan oleh salah seorang ahli kumpulan Nowseeheart sendiri, juga selaku penerbit album iaitu, Azahari Abdul Rahman yang turut mendedikasikan sebuah lagu berjudul “Damai Di Sana” buat Allahyarham Ahmad Firdaus Baharuddin atau lebih mesra disapa Bob Nowseeheart yang merupakan bekas ahli kumpulan tersebut.

Selain penampilan album baharu Nowseeheart di awal tahun 2015 ini, kumpulan Nowseeheart juga telah membuka lembaran 2015 dengan membawa pulang Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar menerusi Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 yang berlangsung di PICC, Putrajaya 10 Januari lalu.

Semoga “KATAKAN” menjadi inspirasi buat semua agar menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan.

IMG-20150121-WA0005

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm