Negeri, Pusat Perlu Bincang Atasi Banjir – Zahid

zahid121.transformed
RANTAU PANJANG, 5 Jan – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu kerjasama holistik antara kerajaan negeri dan Pusat bagi mengatasi masalah banjir dengan mengetepikan fahaman politik. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, berharap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dapat duduk semeja bagi berbincang kaedah menyelesaikan dan mengatasi bencana banjir.
Katanya, Kerajaan Pusat mahu melihat penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah itu yang saban tahun berlaku. “Kita berterima kasih kerana dapat menjalin kerjasama paling akrab antara negeri dengan Pusat. Banjir adalah bencana alam yang ditentukan oleh Allah. “Namun, kita harus ada perancangan jangka panjang untuk mengurangkan masalah banjir di Pantai Timur dan negeri lain.
“Jaga paku alam (seperti) hutan, gunung-ganang, sungai, laut. Tak jaga Allah turun bencana,” katanya berucap selepas meninjau mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, di sini, hari ini.
Turut hadir, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid; Shahidan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Zaitun Abdul Samad. Ketika ini seramai 1,441 mangsa banjir daripada 653 keluarga masih berada di pusat pemindahan di SK Sri Rantau Panjang 2.

Sumber – BERITA HARIAN

271total visits,2visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm