Najib hubungi Kaunselor Kedutaan Malaysia di Pyongyang

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi membuat panggilan telefon kepada Kaunselor Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain.

Panggilan telefon yang berlangsung selama kira-kira dua minit itu dibuat Perdana Menteri bagi mendapatkan sendiri perkhabaran pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di sana yang dihalang keluar dari Pyongyang sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanpun, hanya media rasmi saja dibenar membuat liputan pada sesi ringkas itu.

Najib juga dijadual mengadakan pertemuan dengan semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) sebentar lagi bertempat di bangunan Parlimen.

Bagaimanapun, sebahagian KSU yang ditemui tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan dalam pertemuan mengejut itu.

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm