MH17: Dua Kotak Hitam Diserahkan kepada Malaysia

KIEV, 22 Julai (Bernama) — Dua kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas telah diserahkan kepada pasukan penyiasat khas Malaysia, kata ketuanya Khairil Hilmi Mokhtar pada Selasa. Beliau berkata kotak hitam berkenaan diserahkan kepada pasukan di Donetsk, Ukraine, tempat pesawat itu terhempas. “Kami akan bawa kotak hitam ini ke Netherlands sebelum bawanya pulang ke  Malaysia,” kata Khairil Hilmi kepada Bernama.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata di Putrajaya pada Isnin malam bahawa kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia pada pukul 9 malam (2 pagi di Malaysia) selepas beliau berhubung dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah bergolak tempat pesawat itu terhempas. Pesawat MAS, MH17, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dekat sempadan Rusia pada Khamis malam.

 AL-FATIHAHKami seluruh warga kerja IKIMfm mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17

AL-FATIHAH

Kami seluruh warga kerja IKIMfm mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17

29total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm