Mexico: 6 Maut Bangunan Dalam Pembinaan Runtuh

BANDAR MEXICO, 11 April – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila tempat parkir kereta dalam pembinaan di Mexico runtuh pada Isnin, menurut perkhidmatan bomba tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

Setiausaha Perlindungan Sivil Fausto Lugo berkata, sembilan orang cedera dan dikejarkan ke hospital berhampiran serta beberapa pekerja lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.

Laporan awal mendapati kemalangan berlaku pada petang Isnin itu dipercayai akibat kesilapan proses pembinaan yang mengakibatkan tapak konkrit runtuh.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang terperangkap.

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm