Menjaga Perut

RASULULLA SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad). Manakala Imam Al-Ghazali RA dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din menegaskan bahawa perut itu pada hakikatnya adalah sumber segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya segala penyakit dan bencana. Karana nafsu syahwat perut akan terkait dengan nafsu syahwat seksual seterusnya membawa kepada keinginan pada kedudukan dan harta.

Perut memainkan peranan dalam pembentukan akhlak di samping melahirkan kebaikan di dunia dan penentu kampung halaman yang kekal di akhirat nanti sama ada aman di syurga ataupun terhumban ke neraka jahanam. Justeru Ustaz Pahrol Mohd Juoi berpesan menerusi Islam Itu Indah yang bersiaran pada pukul 10.15 pagi Rabu lalu berkongsi berkaitan orang yang gemar berlebih-lebihan dalam soal makan, atau celaan terhadap orang yang kekenyangan dan suka memenuhkan perutnya dengan makanan.

Perut menjadi punca kepada penyakit sebagaimana sabda Baginda Nabi SAW: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” (Riwayat Ad-Dailami). Selain itu, perut juga menjadi punca kepada keinginan. Melalui perut yang kenyang akan melahirkan rasa cinta kepada makanan selanjutnya menimbulkan kemahuan yang membuak untuk nafsu seksual yang tidak terkawal. Menerusi perut juga menimbulkan rasa cinta kepada dunia seterusnya menjurus kepada kejahatan.

Sungguh, perut ini Allah berikan tetapi saiz perut manusia yang usahakan. Bak kata orang tua-tua, kerana perut badan binasa sangat berkait rapat dengan penjagaan perut. Meskipun penjagaan perut acapkali dikaitkan dengan kecantikan. Tanpa disedari, jauh lebih penting daripada itu adalah pemeliharaan perut daripada di murkai oleh Allah SWT seterusnya menyelamatkan diri daripada bakaran api nerakaNya. Oleh itu, langkah paling bijak dalam mengawal kejahatan adalah dengan menjaga perut.

Setiap yang wujud dalam diri manusia adalah bukti Kebesaran dan KekuasaanNya sebagaimana mafhum firmanNya: “Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri; maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Surah Adz-Dzariyat, ayat 20-21). Sesungguhnya setiap anggota dan organ manusia diciptakan bersama tujuannya yang tersendiri. Begitu juga dengan perut. Ia di ciptakan bagi memproses makanan seterunya menyerap segala zat-zat yang terkandung di dalam makanan yang di makan yang akhirnya menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan. Diri akan lebih mudah untuk beribadah kepadaNya

Dalam konteks yang lebih jelas, makan bukanlahn matlamat. Ia tidak lebih daripada jalan punca untuk sampai kepada matlamat tujuan utama iaitu ibadah kepadaNya. Justeru, konsep makan untuk hidup dan hidup untuk makan tidak boleh diterima pakai kerana setepatnya, makan untuk hidup dan hidup untuk ibadah.

Memiliki perut yang sihat adalah nikmat yang wajib di syukuri dengan menggunakannya selaras dengan tujuan Allah mengurniakannya. Tiga element penting bagi merialisasikan matlamat ini adalah dengan menjadikan memakan makanan yang halal, baik dan penuh keberkatan. Segala aspek brkaitan perlu di titik beratkan. Makanan yang handak dimakan bukan sahaja perlu halal dari sudut fizikalnya malah perlu di ketahui punca sumber dan jalan memperolehinya serta proses olahan makanan tersebut.

Elakkan daripada memakan makanan yang syubhah kerana ia bias mengotori hati.  Luqman pernah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat dari ibadah.”

Perut yang kosong dari makanan memiliki faedah-faedah dan perut yang penuh memiliki kesan buruk. Perut yang lapar dapat membersihkan hati, menghilangkan sifat buruk, dan meningkatkan kecerdasan serta wawasan. Selain itu, elak daripada memakanan makanan yang halal secara berlebihan.  Imam Al-Ghazali mengumpamakan perut  yang terlalu kenyang bagai pohon yang di siramkan air secara berlebihan. Batangnya akan rapuh dan akarnya akan mereput. Perut yang sentiasa kekenyangan akan menjadikan otak lembab serta menggelapkan hati. Ini akan mengakibatkan fikiran tertutup seterusnya hati menjadi berat ketika dibawa untuk berfikir. Hati yang keras akan menyukarkan diri malawan nafsu dalam melakukan amal baik. Jika ada amal baik yang di lakukan sekalipun, ia tetap akan mengganggu proses untuk istiqomah dalam beramal. Justeru, berhati-hati menjaga hati dan ia bermula daripada perut kita sendiri.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 15 Mac 2017

Norhayati Paradi

Merupakan penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Motivasi Pagi, Agama dan Peradaban, Dimensi, Dinamika dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *