Media jangan buat spekulasi

KUALA LUMPUR, 15 Februari – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim meminta semua pihak terutama media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian seorang warga Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (kliaA2), kelmarin.

Noor Rashid berkata, identiti mangsa juga masih belum dapat disahkan sebagai Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un.

“Ini semua andaian, kita tidak boleh mengesahkan lagi sama ada itu adalah Kim Jong Nam atau sebaliknya.

“Polis masih menyiasat dan buat masa ini identiti yang disahkan ialah Kim Chol berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar malam tadi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Terlibat aktif dalam suntingan dan penulisan akhbar serta tugasan penerbitan berita IKIMfm. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Mukah Sarawak. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *