Malaysia tak label Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas

BAGAN DATUK, 12 Jun – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan belum bersedia untuk melabelkan ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas seperti dilakukan beberapa negara Arab.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh ulama itu atas sumbangannya pada ketika itu.

“Pihak Malaysia beri pengiktirafan ketika itu kerana sumbangan diberikan oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi ketika itu.

“Untuk mengatakan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas itu adalah suatu istilah yang digunakan negara yang berkenaan.

“Jadi Malaysia bersikap terbuka dalam soal ini dan kita mengiktiraf Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi sebagai seorang tokoh intelektual Islam dan ulama. Kita tak berniat atau berhajat menggunakan istilah yang lain daripada itu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program Jelajah Agroprenuer Muda Peringat Negeri Perak 2017 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datuk di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Malaysia mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya akan melihat dan mengkaji pelbagai laporan.

“Kita akan melihat dan mengkaji laporan dari pelbagai pihak untuk melihat jika ada individu berkenaan, kita libat dalam senarai syak dan sebagainya, kita akan mendapatkan maklumat terperinci daripada sumber yang berwibawa,” katanya.

Laporan berita asing menyebut Yusuf Al-Qaradawi disenaraikan sebagai seorang pengganas oleh beberapa negara Islam utama di Timur Tengah.

Seramai 59 individu dan 12 organisasi di Qatar, atau dibiayai negara itu, dituduh terbabit dalam keganasan oleh empat negara penentang Qatar.

Menurut Al Jazeera, senarai itu diumumkan dalam kenyataan bersama Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

63total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm