LAPORAN KHAS – TASAWUF, TAREKAT & SUFI

Laporan khas berkenaan Tasawuf, Tarekat dan Sufi. Laporan ini disediakan oleh Hajjah Nik Hasnah Ismail.

Tasawuf, tarekat dan sufi pada masakini sering dipandang serong oleh sesetengah masyarakat kita sedangkan kalau mengikut sejarahnya Islam dibawa ke Nusantara seawal kurun ke 13 Masihi oleh para pedagang dari kalangan sufi Hadramaut, Yaman. Ilmuwan ulung tanahair, Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas ketika mengungkapkan dalam bukunya, “Some Aspects of Sufism as understood and practised among the Malays”. Ujar beliau:

“Saya percaya bahawa golongan Sufilah yang menyebarkan Islam dan seterusnya membawa Islam sampai ke Alam Melayu ini. Saya hampir pasti ajaran Islam itu disebarkan oleh para Sufi”

Kenyataan sama turut disuarakan oleh Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Professor Madya Dr. Khalif Muammar, dengan katanya:

Namun, momokan dan pandangan serong masyarakat terhadap tasawuf sebenar ada asasnya juga kerana terlalu banyak ajaran-ajaran sesat di negara kita yang kononnya mendakwa cabang dari tarekat-tarekat tertentu, sedangkan mereka ini adalah sufi-sufi palsu. Sabtu lalu sejarah negara bermula apabila YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan penubuhan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia atau ringkasnya PERTAMA di Putrajaya berharap kumpulan tarekat disusun atur. Memetik kata-kata beliau:

“Kumpulan tarekat di Malaysia perlu disusunatur. Beliau menyarankan kepada setiap Pejabat Agama Negeri mencontohi Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam mewujudkan Jalsah Tarekat Sufiyyah yang bertanggungjawab mewujudkan enakmen tarekat untuk mengawal dan memantau aktiviti tarekat”

Penubuhan PERTAMA tepat pada masanya bagi membantu kerajaan memantau aktiviti dan amalan tarekat di tanahair kita ini, dan juga membetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap kumpulan sufiyyah. Sementara itu, Setiausaha Agung PERTAMA menjelaskan matlamat penubuhan:

Professor Madya Dr. Khalif Muammar seterusnya menjelaskan definisi tasawuf yang sebenar:

Tasawuf kini makin dirasakan perlu di zaman ini ketika manusia semakin sibuk mengejar duniawi dan sifat kebendaan semakin menebal. Presiden Forum Islam Kanada, Sheikh Faisal Abdul Razak mengungkapkan:

Kesimpulannya, tasawuf dan tarekat merupakan sebahagian daripada cabang ilmu Islam dan amalan para Salafus Soleh sejak lebih seribu empat ratus dahulu. Bahkan dunia Melayu ini terhutang budi kepada golongan sufi yang membawa Islam ke rantau ini Walaubagaimanapun, pandangan serong masyarakat masa kini terhadap tasawuf dan tarekat perlu diperbetulkan dan inilah cabaran besar kepada pihak berkuasa dan PERTAMA untuk melaksanakannya

Muat turun audio – Klik sini!

*Klik kanan pada link dan pilih "Save link as.." untuk muat turun audio

212total visits,2visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm