KPDNKK Lancar Kempen #janganlebihlebih

Kuala Lumpur, 16 Jun – Kempen #janganlebihlebih yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) amat penting sebagai langkah peringatan kepada seluruh umat Islam agar jauhi amalan membazir apatah lagi semasa berada pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Kempen yang dianjurkan sempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri itu bertujuan memupuk kesedaran supaya pengguna beringat ketika berbelanja dan tidak melebihi keperluan apatah lagi menjelang sambutan aidilfitri yang bakal tiba.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana menteri Datuk Seri Najib tun Razak yang mahukan rakyat Negara ini menggunakan sebaiknya kemuliaan Ramadan untuk mengelak daripada pembaziran makanan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) baru-baru ini melaporkan sepanjang Ramadan setiap tahun, rakyat di negara ini membuang 270,000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan semula sudah tentu mengejutkan.

Justeru Datuk Seri Hamzah menasihati umat Islam agar berbelanja dengan berhemah dan menyambut  kemeriahan Aidilfitri dengan sederhana dan ‘jangan lebih-lebih’.

970total visits,2visits today

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm