Khidmat pengendali makanan SMS Tapah ditamatkan

IPOH, 5 April : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menamatkan perkhidmatan pengendali makanan di dewan makan Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah yang mengakibatkan 43 pelajar sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu berikutan pengendali makanan berkenaan melakukan kecuaian sehingga mengakibatkan keracunan.

“KPM juga melihat kemungkinan untuk menyenaraihitamkan pengendali terbabit dan tidak membenarkannya beroperasi di mana-mana kantin sekolah di negara ini sehingga siasatan kes itu selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam bersama pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan, berkata lapan pelajar sudah dibenarkan keluar dari Hospital Tapah sehingga jam 11 pagi tadi manakala 14 pelajar yang masih dirawat di bilik rawatan sekolah berada dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan rawatan susulan di hospital.

Katanya, kementerian juga sudah mengarahkan dewan makan itu menghentikan operasi selama 14 hari mengikut Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan.

“Sementara dewan berkenaan ditutup, pihak sekolah terbabit boleh mendapatkan perkhidmatan katering dari sekolah berdekatan,” katanya.

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

One thought on “Khidmat pengendali makanan SMS Tapah ditamatkan

  • March 18, 2017 at 2:55 pm
    Permalink

    Terima kasih dah Tahniah kepada IKIM Fm kerana dapat berkekalan di persada dunia. Saya adalah pendengar tegar IKIM Fm sejak ia keudara. Walau bagaimana pun sedikit cadangan berkaitan kualiti siaran terutamannya disekitar putrajaya, kajang dan puchong. Siaran IKIM Fm adalah kurang jelas dan banyak gangguan disini. Kakadang terdegar perbualan trafik udara ketika turun naik Kapal terbang di KLIA. Kebetulan kawasan ini adalah laluan turun naik kapal terbang.
    Siaran perlu “diperjelaskan” dan setanding dengan kualiti radio lain seperti siaran lain contohnya radio klasik, era, siaran tamil, cina dan sebagainya.

    Terima Kasih
    Ahmad Osman
    Putrajaya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm