Kedah tetap had laju 70 km sejam sempena Aidilfitri

ALOR SETAR, 16 Julai: Kerajaan negeri menetapkan had kelajuan 70 kilometer sejam di semua jalan kecuali jalan persekutuan dan lebuh raya.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata ia berkuat kuasa hari ini hingga 25 Julai.

Ketetapan itu dipersetujui dalam mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) semalam, katanya menerusi satu kenyataan.

Perintah itu berkuat kuasa mengikut Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Negeri) (Larangan Masa Tertentu) 2015 yang diperuntuk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber BERNAMA

138total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm