Jemaah Haji Digesa Buat Persiapan Rapi

DSC_0041

KUALA LUMPUR, 21 JulaiJemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya membuat persiapan rapi dari segi mental dan fizikal untuk bersedia berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Pengurus Besar Kanan (Haji), Lembaga Tabung Haji yang juga merangkap Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia, Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihak tabung haji akan terus mempertingkatkan usaha untuk malaksanakan perjalanan pengurusan haji pada kali ini dengan penuh istiqamah.

Beliau turut mengingatkan para jemaah haji agar sentiasa meningkatkan kemahiran kendali diri sendiri dengan merancang perjalanan ibadah serta membuat persediaan dari segi ilmu mengerjakan haji. Selain itu, beliau juga berkata bawaha perkara yang paling utama dalam ibadah haji ini adalah memperbetulkan nawaitu.

Dato’ Syed Saleh juga menegaskan para jemaah haji Malaysia harus menjaga adab dan kesopanan serta mematuhi undang-undang semasa berada di tanah suci Mekah.

“Kita tidak mahu jemaah haji Malaysia membuat perkara yang dilarang oleh negara Arab Saudi kerana jemaah haji kita telah mendapat gelaran pelaksana haji terbaik berbanding dengan jemaah dari negara lain” kata Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Perkhidmatan yang dilaksanakan tabung haji sempena musim haji pada kali ini merangkumi pengurusan di lapan pusat perlepasan haji di Malaysia dan juga penyediaan fasiliti yang selamat, bersih dan selesa. Penyediaan pusat kesihatan seperti klinik turut diwujudkan oleh pihak tabung haji di maktab-maktab yang telah ditetapkan.

Dato’ Syed Saleh menjelaskan perkara demikian semasa menjadi tetamu rancangan Lambaian Kaabah yang bersiaran di slot warna pagi IKIMfm.

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

One thought on “Jemaah Haji Digesa Buat Persiapan Rapi

  • January 11, 2017 at 4:09 pm
    Permalink

    Jemaah haji memerlu persiapan fizikal dan mental dalam persiapan ke tanah suci. Oleh itu digalakkan bersenam untuk mempertingkatkan tahap ketahanan ketika disana nanti, insha Allah.

    Hubungi : Puan Mas/0123951812 atau En. Yusof/0123104319

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm